SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK BANDAR MAHARANI

Thursday, 12 January 2012

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN SMK BANDAR MAHARANI


SMK Bandar Maharani telah ditubuhkan pada tahun 1993 yang terdiri daripada beberapa buah blog bangunan.Pengetua pertamanya ialah En Mahamud Bin Bulat yang telah ditukarkaan dari SMS Muar.Setelah beberapa tahun penubuhannya,SMK Bandar Maharani telah mengorak langkah untuk menuju ke zaman kegemilangannya terutama dari segi kurikulum dan kokurikulum.Pencapaian pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik amnya dan bidang sukan khasnya telah menaikkan nama SMK Bandar Maharani di mata semua masyarakat.Pelajar-pelajar yang ditempatkan di sekolah ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang terpilih.Tahun demi tahun SMK Bandar Maharani terus cemerlang dengan berkat usaha yang berterusan daripada guru-guru dan para pelajarnya.SMK Bandar Maharani yang diketuai oleh En Puniran Bin Denan pada masa ini adalah pengetua cemerlang daerah Muar kerana berjaya melonjakkan nama SMK Bandar Maharani di merata tempat.Sekalung penghargaan buat pengetua kami,Encik Puniran Bin Denan kerana berjaya melonjakkan nama SMK Bandar Maharani.Semoga tuan terus bersama-sama kami melonjakkan lagi prestasi sekolah ini.

No comments:

Post a Comment