SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK BANDAR MAHARANI

Friday 14 September 2012

MAJLIS SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2012

Acara-acara akhir sempena penutup bulan kemerdekaan telah diadakan pada 14hb. September 2012. Acara pertandingan akhir  iaitu pakaian beragam & nyanyian patriotik antara kelas turut diadakan. Teks ucapan  telah disampaikan oleh Puan Hajah Halijah Othman, GPK Ko-Kurikulum SMKBM.  Hadiah-hadiah pertandingan yang dijalankan sepanjang kemeriahan bulan ini telah disampaikan oleh Puan Hajah Noraini binti Mohd. Noor  GPK 1 SMKBM kepada semua pemenang.

















Thursday 6 September 2012

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA PMR/SPM 2012

Majlis ini telah berlangsung pada hari khamis, 6 hb. September 2012 di Dewan Gemilang SMKBM.  Majlis yang diadakan serentak di semua sekolah rendah dan menengah negeri Johor melibatkkan   400 orang  ibubapa, guru dan pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM bulan depan. Semoga dengan berkat usaha dan doa yang berterusan, kejayaan akan mengiringi anak-anak pelajar sekelian. Amin.








Saturday 1 September 2012

DI AMBANG SPM 2012

Akhirnya hari yang dinantikan ini pun tiba....150 orang pelajar melangkah ke dewan peperiksaan percubaan SPM yang bermula 30 Ogos  hingga 21 hb. September 2012.  Doa dan harapan yang menggunung tinggi dari seluruh warga SMKBM mengiringi anda semua.   Anda mampu  mencapai kejayaan yang cemerlang, insyaAllah!







Tuesday 28 August 2012

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Raya Aidil-fitri dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan berlangsung serentak pada Hari Jumaat 30 Ogos 2012.