Orientasi asrama telah dijalankan pada 4/1/2012 sehingga 13/1/2012 bertempat di Dewan Makan Mariamah, Asrama Maharani.Program ini telah dijalankan oleh pelajar tingkatan 4 dengan bimbingan guru kaunseling.Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membimbing pelajar-pelajar tingkatan 1 yang telah ditempatkan di SMK Bandar Maharani,Muar.Pada 13/1/2012,telah dijalankan majlis penutupan orientasi pelajar-pelajar tingkatan 1.Pada masa itu juga,pihak sekolah telah bersama-sama meraikan 'Majlis Jasamu Dikenang' yang bertujuan untuk meraikan persaraan Tuan Haji Nordin Bin Haron dan perpindahan warden asrama puteri,Puan Sharifah Binti Abdul Rahman.
Persembahan yang mantap daripada pasukan pelajar tingkatan 1
Adik Mohd Fahim memperdengarkan bacaan berzanjiGuru-guru yang hadir semasa majlis ini dijalankan
Guru-guru yang dirai,Puan Sharifah Binti Abdul Rahman dan Tuan Haji Nordin Bin Haron
Tuan Haji Nordin dan Puan Sharifah menerima hadiah daripada pihak sekolah atas ilmu yang telah dicurahkan.Semoga mereka sentiasa berada di bawah lindungan Allah Yang Maha Esa.Terima kasih cikgu.
No comments:
Post a Comment