SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK BANDAR MAHARANI

Tuesday 29 May 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Unit kokurikulum telah mengadakan perkhemahan unit beruniform yang disertai oleh pasukan Pengakap, Renjer Puteri, Puteri Islam, PBSM. Perkhemahan 3 hari 2 malam dipenuhi dengan aktiviti pertandingan antara unit-unit tersebut. Terima kasih kepada pelajar yang turut serta. Tahniah kepada guru-guru yang menjadi fasilitator.
Anggota Perkhemahan
Anggota penuh perkhemahan

Sunday 20 May 2012

PASUKAN KARNIVAL BAHASA INGGERIS SMK BANDAR MAHARANI

Pasukan karnival BI SMKBM berjaya melahirkan seorang pemidato BI berkebolehan. Walaupun tidak berjaya menjadi juara, namun layak ke peringkat akhir adalah suatu pencapaian terbaik buat peserta SMKBM. Tahniah kepada peserta, jurulatih dan guru pengiring. Tahun hadapan kita mesti jadi JUARA.

Sunday 13 May 2012

PROGRAM MEMPERKASAKAN SEJARAH PMR

Satu program perkongsian menguasai matapelajaran sejarah dengan cemerlang telah diadakan di dewan gemilang maharani. Program dijayakan oleh panitia sejarah PMR. Semoga calon PMR akan lebih bersedia.

Tuesday 1 May 2012

IHTIFAL INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA SMKA & KAA DAERAH MUAR/LEDANG TAHUN 2012

Tahniah buat pasukan SMKBM dalam Ihtifal SMKA&KAA. Tahniah kepada semua peserta dan guru-guru. Kuiz Bahasa Arab Menengah Rendah ( Naib Johan ), Kuiz Ilmu Wahyu Menengah Atas (ke-3), Kalimatus Sobah Menengah Atas (ke-3).
Ihtifal Institusi Pendidikan Agama SMKA & KAA
Ke 3 Kalimatus Sobah Menengah Atas
Naib Johan Kuiz Bahasa Arab Menengah Rendah ( M Danial, Badrul Imran, Nur Syahirah)
Tempat ke 3 Kuiz Ilmu Wahyu Menengah Atas