SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK BANDAR MAHARANI

Tuesday 28 February 2012

MESYUARAT PERMUAFAKATAN ASRAMA BIL 1/2012

Pada 28 Februari 2012 telah berlangsung mesyuarat pertama Majlis Permuafakatan Asrama SMKBM. Mesyuarat ini diadakan di Asrama Maharani dengan kerjasama pihak kaunseling dan HEM bagi mengemaskini isu-isu yang berkaitan dengan asrama. Kehadiran AJK dari kalangan penjaga sangat menggalakkan. Pelbagai perkara telah dibincangkan dan cadangan program untuk dilaksanakan demi kebaikan anak-anak pelajar yang tinggal di asrama.
Pengerusi_Tn.Hj.Mahamud bin Bulat

AJK Guru, Warden dan penjaga pelajar
Kaunselor, HEM dan wakil penjaga
S/Usaha dan wakil penjaga
Warden, GPK Koko, GPK

Sunday 26 February 2012

PROGRAM LAWATAN ASPURA ASPURI BAGI PELAJAR ASRAMA 2012

Bagi menyemai sifat pembersih dalam kalangan pelajar asrama,pihak warden dan kaunseling telah berganding bahu melaksanakan program lawatan aspura aspuri pada 26/02/2012.Acara ini berlangsung meriah kerana semua pelajar tidak sabar-sabar melawat ke blok masing-masing.







Keadaan dalam asrama yang bersih dan ceria telah menarik perhatian setiap pengunjung yang hadir.


Friday 10 February 2012

PROGRAM HC JALINAN SISWA BERSAMA MAHASISWA/SI UKM

Pada 10-12 Februari,pihak bimbingan dan kaunseling berbesar hati menjemput mahasiswa/si UKM Bangi bagi program  motivasi kepada pelajar-pelajar SMK Bandar Maharani terutama pelajar tingkatan 5.Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Asrama Maharani.

Saudara Aniq Siddiq Bin Abdul Aziz menyampaikan ucapannya.
Pengetua, Encik Puniran Bin Denan meyampaikan sepatah dua kata sebelum merasmikan program.
Mahasiswi UKM sempat bergambar bersama kaunselor,Puan Hajah Nor Fariza Binti Mohd Nor.
Acara perasmian sedang bermula.
Imam muda musim ke-2,Wan Najdi Wan Mohd Noh turut hadir memeriahkan program bagi slot 'Hatiku Milik Siapa'
Pengetua menyampaikan cenderamata kepada Wan Najdi.

Thursday 9 February 2012

PEMIMPIN MUDA SMK BANDAR MAHARANI

Pada 9/02/2012,pihak HEM dengan kerjasama pihak kaunseling sekolah telah bersama-sama menjayakan program watikah pelantikan bagi ketua tingkatan,pengawas,pengerusi kelab dan perpustakawan sesi 2012.
Ketua pengawas 2012,Muhammad Firdaus Bin Rahmat mengetuai bacaan ikrar.


 Barisan pengawas,perpustakawan,ketua tingkatan dan pengerusi kelab bergambar kenangan.