Tips Cemerlang Dalam Peperiksaan.
peing? serabut? banyak sangat nak kena baca? otak jam? tak
faham? Memandangkan semua pelajar akan menghadapi Peperiksaan
Pertengahan Tahun/ Mid Year tidak lama lagi, mari kita sama-sama belajar
bagaimana seseorang itu boleh cemerlang dalam peperiksaan. :)
Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan.
Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa
banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah
mengandungi 3 komponen ini:-
01.Mengulangkaji:
Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar
menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada
pembacaan sahaja.
Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara
termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep,
menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi
penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta
mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda,
peta konsep atau pengurusan grafik.
02.Membuat rujukan:
membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang
dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan
boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan
majalah.
Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan
untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui
laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang
secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan
awam.
Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat
yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)
03.Membuat latihan:
Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau
menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.
Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar
dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau
mengantuk.
SELAMAT MENCUBA !
PEMBINAAN MATLAMAT
Anda telah punya matlamat? Belum lagi...? Mmm... seharusnya kita telahpun menetapkan apakah sasaran hidup kita.
Sebenarnya matlamat dan cita-cita adalah perkara yang sama. Setiap daripada kta tentu mempunyai matlamat masing-masing yang ingin dicapai.
Apakah kepentingan mempunyai matlamat?
Sudah tentu jawapannya adalah untuk memastikan hidup kita mempunyai haluan. Tidak timbullah nanti soal hilang arah tuju. Matlamat penting dalam memastikan setiap detik usia yang kita lalui ini mempunyai arah dan memberi manfaat sama ada kepada diri kita sendiri mahupun kepada orang lain.
Bagaimana membentuk matlamat?
Matlamat boleh dibentuk berdasarkan kesesuaian kepada perkara-perkara berikut :
Walau bagaimanapun, sesuatumalamat itu seharusnya realistik dengan diri kita. Biarlah kita bermula dengan sesuatu yang kecil, tetap kemudiannya usaha ditambah ke arah pencapaian yang lebih besar.
Apapun, sesuatu matlamat itu seharusnya diiringi dengan Doa - Usaha - Istiqamah - Tawakkal kepada Allah SWT.
Mudah-mudahan kita semua sentiasa berusaha mengubah diri daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada yang lebih baik kepada yang terbaik, insyaALLAH...
PRINSIP KEPIMPINAN YANG BERJAYA
TIP BERINTERAKSI DENGAN GURU
Anda telah punya matlamat? Belum lagi...? Mmm... seharusnya kita telahpun menetapkan apakah sasaran hidup kita.
Sebenarnya matlamat dan cita-cita adalah perkara yang sama. Setiap daripada kta tentu mempunyai matlamat masing-masing yang ingin dicapai.
Apakah kepentingan mempunyai matlamat?
Sudah tentu jawapannya adalah untuk memastikan hidup kita mempunyai haluan. Tidak timbullah nanti soal hilang arah tuju. Matlamat penting dalam memastikan setiap detik usia yang kita lalui ini mempunyai arah dan memberi manfaat sama ada kepada diri kita sendiri mahupun kepada orang lain.
Bagaimana membentuk matlamat?
Matlamat boleh dibentuk berdasarkan kesesuaian kepada perkara-perkara berikut :
- kemampuan dan keupayaan diri
- keperluan
- kesesuaian dengan masa dan tempat
- faedah yang diperoleh ; sama ada lebih membawa kebaikan atau sebaliknya
- persekitaran sama ada secara fizikal, material mahupun sumber manusia yang boleh membantu kita
- jangka masa sesuatu matlamat ingin dicapai dan boleh dicapai
Walau bagaimanapun, sesuatumalamat itu seharusnya realistik dengan diri kita. Biarlah kita bermula dengan sesuatu yang kecil, tetap kemudiannya usaha ditambah ke arah pencapaian yang lebih besar.
Apapun, sesuatu matlamat itu seharusnya diiringi dengan Doa - Usaha - Istiqamah - Tawakkal kepada Allah SWT.
Mudah-mudahan kita semua sentiasa berusaha mengubah diri daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada yang lebih baik kepada yang terbaik, insyaALLAH...
Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?
Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh
berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu
kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan
diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi
orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan
habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang
proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi,
kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu.
Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita.
Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur,
walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik
kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi
pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak
perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan,
cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar,
dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak
pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat
setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak
mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia
sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik
tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan
terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind settingakan
mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita
tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang
peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu.
Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui
wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini,
sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study,
tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan
Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri
selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala
urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan
dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi
tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk
solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat
kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita
tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat
itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada
benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita
ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu
ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita
terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan
wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini,
matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga
mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang
dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir
negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk
bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
PRINSIP KEPIMPINAN YANG BERJAYA
- AMANAH
- BERDISIPLIN
- BERANI
- BIJAK
- BERKHEMAH
TIP BERINTERAKSI DENGAN GURU
- Menghormati dan menyayangi guru dengan hati ikhlas adalah merupakan elemen yang penting dalam mewujudkan hubungan inetraksi yang baik antara pelajar dengan guru.
- Ungkapan ' TERIMA KASIH CIKGU ' perlulah sentiasa diucapkan oleh semua pelajar bagi membuktikan penghargaan terima kasih kepada guru kita yang telah banyak mengajar kita.
- Meminta maaf kepada guru adlah amat perlu di amalkan selalu bagi memastikan ilmu iti diterima daripada guru serta mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.
- Sentiasa mendokan kesejahteraan daripada guru.
- Menjaga hati dan perasaan guru,dan mendengar segala arahan guru yang diberikan.
" Hubungan pelajar akan lebih mulia apabila semua pelajar mengikuti segala tip-tip yang diberikan "
"TANPA GURU SIAPA LAH KITA"
TIPS MENCARI TEMAN SEJATI
- ORANG YANG BERAKA-berkawan dengan orang jahil akan menimbulkan persengketaan.
- BAIK DARI SEGI PERIBADI DAN AKHLAKNYA-elakkan daripada bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangai kerana ianya akan mempengaruhi kita.
- ORANG YANG SOLEH-jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa besar dan kecil.
- JANGAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG SANGAT KASIH PADA DUNIA-kasih pada dunia disini bermaksud sesuatu perkara yang bertentang dengan suruhan ALLAH. jika berkawan dengan orang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
- ORANG YANG BENAR PERKATAANNYA- janganlah suka berkawn dengan orang yang suka berdusta kerana itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. demikian itu akan membawa kepada kebinasaan.



No comments:
Post a Comment