SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK BANDAR MAHARANI

Saturday 14 January 2012

KEM AKADEMIK 2012


Bagi meningkatkan tahap kualiti pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar bagi tahun 2012 (PMR &SPM),pihak sekolah telah menjalankan Kem Akademik untuk meningkatkan lagi penguasaan para pelajar di dalam pelajaran.Majlis berlangsung pada 14/1/2012 (Sabtu) bertempat di dewan blok baru SMK Bandar Maharani.
                                        
                                          

                                      Pengetua,Encik Puniran Bin Denan menyampaikan ucapannya
                      Para pelajar yang turut serta dalam program ini sedang khusyuk mendengar taklimat.

Friday 13 January 2012

MAJLIS PENUTUPAN ORIENTASI BAGI PELAJAR ASRAMA TINGKATAN 1 SMK BANDAR MAHARANI SESI 2012


Orientasi asrama telah dijalankan pada 4/1/2012 sehingga 13/1/2012 bertempat di Dewan Makan Mariamah, Asrama Maharani.Program ini telah dijalankan oleh pelajar tingkatan 4 dengan bimbingan guru kaunseling.Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membimbing pelajar-pelajar tingkatan 1 yang telah ditempatkan di SMK Bandar Maharani,Muar.Pada 13/1/2012,telah dijalankan majlis penutupan orientasi pelajar-pelajar tingkatan 1.Pada masa itu juga,pihak sekolah telah bersama-sama meraikan 'Majlis Jasamu Dikenang' yang bertujuan untuk meraikan persaraan Tuan Haji Nordin Bin Haron dan perpindahan warden asrama puteri,Puan Sharifah Binti Abdul Rahman.
     Persembahan yang mantap daripada pasukan pelajar tingkatan 1
                                          Adik Mohd Fahim memperdengarkan bacaan berzanji
                                           Guru-guru yang hadir semasa majlis ini dijalankan
                       Guru-guru yang dirai,Puan Sharifah Binti Abdul Rahman dan Tuan Haji Nordin Bin Haron
Tuan Haji Nordin dan Puan Sharifah menerima hadiah daripada pihak sekolah atas ilmu yang telah dicurahkan.Semoga mereka sentiasa berada di bawah lindungan Allah Yang Maha Esa.Terima kasih cikgu.


Thursday 12 January 2012

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN SMK BANDAR MAHARANI


SMK Bandar Maharani telah ditubuhkan pada tahun 1993 yang terdiri daripada beberapa buah blog bangunan.Pengetua pertamanya ialah En Mahamud Bin Bulat yang telah ditukarkaan dari SMS Muar.Setelah beberapa tahun penubuhannya,SMK Bandar Maharani telah mengorak langkah untuk menuju ke zaman kegemilangannya terutama dari segi kurikulum dan kokurikulum.Pencapaian pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik amnya dan bidang sukan khasnya telah menaikkan nama SMK Bandar Maharani di mata semua masyarakat.Pelajar-pelajar yang ditempatkan di sekolah ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang terpilih.Tahun demi tahun SMK Bandar Maharani terus cemerlang dengan berkat usaha yang berterusan daripada guru-guru dan para pelajarnya.SMK Bandar Maharani yang diketuai oleh En Puniran Bin Denan pada masa ini adalah pengetua cemerlang daerah Muar kerana berjaya melonjakkan nama SMK Bandar Maharani di merata tempat.Sekalung penghargaan buat pengetua kami,Encik Puniran Bin Denan kerana berjaya melonjakkan nama SMK Bandar Maharani.Semoga tuan terus bersama-sama kami melonjakkan lagi prestasi sekolah ini.

FALSAFAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


Sebagai ahli PRS,kita perlulah sentiasa menghayati Falsasah PRS iaitu "Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain".Dalam usaha membantu rakan,kita perlulah mempunyai pengetahuan,kemahiran,dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri.Oleh itu,kita seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan,perlakuan,perhubungan,kreativiti dan keimanan.

Wednesday 11 January 2012

APAKAH ETIKA YANG PERLU ADA SEBAGAI SEORANG AHLI PRS?

     Sebagai ahli PRS,anda perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika,iaitu :
  1. Amanah dan menyimpan rahsia.
  2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  3. Memahami batasan dan keupayaan diri.
  4. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  5. Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
  6. Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling.
  7. Mematuhi peaturan sekolah,dan norma masyarakat dan agama.

APAKAH PERANAN ANDA SEBAGAI AHLI PRS?

  1.  Menjadi ahli yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  2. Sebagai khidmat sokongan,anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
  4. Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.

PRINSIP PRS SMK BANDAR MAHARANI

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama,bangsa,kedudukan,perlakuan, dan fizikal.

PERANAN PEBIMBING RAKAN SEBAYA

  1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  2. Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  3. Sebagai salah satu daripada sumber rakan untuk mendapat bantuan.
  4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
  5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan strategi inverse jika perlu.
  6. Sebagai ‘role model’ kepada pelajar lain.
  7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
  8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
  9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternative sebelum membuat pilihan.
  10. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
  11. Mematuhi etika berahsia.
  12. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
  13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
  14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalaman.
  15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
  16. Mengutamakan keselamatan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
PERINSIP PEBIMBING RAKAN SEBAYA
            Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama , bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
ETIKA PEBIMBINGAN RAKAN SEBAYA
  1. Amanah dan menyimpan rahsia
  2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  3. Memahami batasan dan keupayaan diri.
  4. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  5. Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
  6. Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling.
  7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PEBIMBING RAKAN SEBAYA
a)      Menjadi fasilitator yang bersikat terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati
b)      Menerima rakan secara terbuka, tanpa syarat.
c)      Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternative sebelum membuat keputusan.
d)     Member sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
e)      Mematuhi etika kerahsiaan.
f)       Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
g)      Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
h)      Memimpin rakan melihatnya masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya dia belajar melalui pengalaman.
i)        Merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan dan kaunseling dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru.
j)        Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
k)      Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantumebantu.
PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PEBIMBING RAKAN SEBAYA
a)      Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka harus lakukan.
b)      Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
c)      Meberi nasihat atau cadangan penyelesaian untuk diikuti.
d)     Membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
e)      Membuka rahsia rakan.
f)       Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera.
g)      Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis atau masalah emosi yang mendalam.
h)      Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
i)        Mengendali masalah rakan yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
j)        Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain.
k)      Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.
FAEDAH MENJADI PEBIMBING RAKAN SEBAYA
a)      Tingkat perestasi akedemik.
b)      Membaiki sikap terhadap diri sendiri dan orang lain.
c)      Membina keyakinan diri.
d)     Kemahiran memberi pertolongan.
e)      Kemahiran menghadapi kesukaran.

Tuesday 10 January 2012

CARTA ORGANISASI KELAB PRS SMK BANDAR MAHARANI

CARTA ORGANISASI KELAB PRS
 SMK BANDAR MAHARANI MUAR

GURU PENASIHAT
EN ZAHBA BIN LEP
PUAN HAJAH NOR FARIZA BINTI MOHD NOR

PENGERUSI
NINA NATASYA BINTI NORIZAM

NAIB PENGERUSI
MUHAMMAD NAHARUDDIN BIN ASMAN

SETIAUSAHA
NORHANNANI BINTI ROSDEN

NAIB SETIAUSAHA
PREMALA A/P PERUMAL

BENDAHARI
AHMAD NAQIB BIN ABD RAZAK

NAIB BENDAHARI 
NOR HANIFA SYUHADA BINTI MOKHTAR

AJK KECERIAAN
  • NOR MILATINA BINTI ROZLAN
  • FARIS HADI BIN YAZID
  • MUHAMMAD IZZAT HUMAIDI BIN MOHD NASEH
  • AMIRA BINTI AHMAD TUMAMI
AJK INFORMASI
  • FARHA NABILA BINTI YAZID
  • MAHERAH BINTI JAMALUDDIN
  • MUHAMMAD IZZUL SYUKRI BIN MISNAN
  • SITI HAJAR BINTI PADZIL
AJK KEBERSIHAN
  • MUHAMMAD DINIE ZIKRY BIN MOHD GHAZALI
  • SYAFIQ ZULKHAIRI BIN ZAINIDDIN
  • NUR IZYAN BINTI MOHD FUAD
  • FARAHHANOM BINTI ZAHARI

CARTA ORGANISASI UNIT PRS SMK BANDAR MAHARANI



 CARTA ORGANISASI
 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 
SMK BANDAR MAHARANI MUAR


PENGERUSI
 ENCIK PUNIRAN BIN DENAN

TIMBALAN PENGERUSI
PUAN HAJAH REDZIAH BINTI SERIANG

NAIB PENGERUSI
  • PUAN HAJAH NORAINI BINTI MD NOOR
  • PUAN HAJAH HALIJAH BINTI OTHMAN 

 SETIAUSAHA
ENCIK ZAHBA BIN LEP

BENDAHARI
PUAN HAJAH NOR FARIZA BINTI MOHD NOR


AJK 
  • KETUA BIDANG KEMANUSIAAN
  • KETUA BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL
  • KETUA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
  • KETUA BIDANG BAHASA
  • KETUA GURU DISIPLIN
  • WARDEN ASRAMA
  • GURU PENDIDIKAN ISLAM
  • GURU PENYELARAS BIASISWA
  • GURU PENYELARAS PERALIHAN
  • GURU PENYELARAS TINGKATAN 1
  • GURU PENYELARAS TINGKATAN 2
  • GURU PENYELARAS TINGKATAN 3
  • GURU PENYELARAS TINGKATAN 4
  • GURU PENYELARAS TINGKATAN 5